PEMBINAAN PONDOK MADRASAH ARRIYAD FASA 1

Setelah menyewa 4 lantai rumah kedai di Subang Bestari selama 8 tahun, impian kami adalah untuk mempunyai bangunan madrasah di atas tanah sendiri menjelang 2025 insha Allah.
Pembangunan Madrasah Arriyad Fasa 1 melibatkan 1 blok kelas, 1 blok asrama, 1 blok rumah asatizah, surau dan padang riadhah.
Oleh itu, kami ingin membuka peluang infaq kepada masyarakat seluruh Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya untuk sama-sama mengambil bahagian saham akhirat mengikut kemampuan masing-masing untuk pembangunan madrasah ini.
Dengan terbangunnya Madrasah Arriyad hak milik sendiri kelak, mudahlah pihak kami untuk mengatur segala perancangan untuk kebaikan para pelajar, para asatizah dan warga sekitar Madrasah Arriyad kelak tanpa risiko bangunan ditarik balik sekiranya mendapat kekangan untuk membayar sewa bulanan.
Kami doakan Tuan Puan yang berinfaq diberikan kesihatan, keberkatan rezeki dan usia, serta dikurnakan zuriat keturunan alim ulama, insha Allah.
Insha Allah amal jariah ini akan digantikan dengan ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT jua.