PEMBAGUNAN PONDOK MUSLIMAT 2023
PONDOK JORAK atau Madrasah Miftahul Muarrif Jorak Muar, tidak asing lagi di daerah Muar, diterajui oleh Tuan Guru Haji Nazaruddin sejak awal penubuhannya, telah menghasilkan ratusan graduan asatizah di seluruh pelusuk negara.
Pondok yang awalnya hanyalah binaan beberapa pondok tradisional sebagai asrama pelajar lelaki sahaja, kini mengorak langkah dengan membina bangunan asrama untuk pelajar muslimat pula.
Alhamdulillah proses pembangunan telah dimulai namun kami mash memerlukan dana untuk menyiapkan pembangunannya dan kemudahan asas lain seperti kipas, lampu dan sebagainya.
Dengan ini kami ingin membuka peluang infaq kepada Tuan Puan yang budiman agar sama-sama membantu proses pembangunan asrama muslimat ini semampu anda.
Mudah-mudahan berkat infaq anda, Allah SWT memberikan kesihatan, keberkatan usia dan rezeki serta dikurniakan zuriat di kalangan alim ulama. Amin.