TAJAAN ASNAF PELAJAR MADRASAH ARRIYAD

Madrasah Arriyad Subang Bestari merupakan pondok moden yang mendidik anak-anak berusia 13 hingga 20 tahun akan ilmu agama khususnya Nahu Sorof, Akhlaq dan Fardhu Ain semenjak 2015.
Sejak dulu, kami mementingkan kesungguhan anak-anak yang betul-betul ingin belajar agama dan memperbaiki diri melebihi kemampuan ekonomi keluarga masing-masing.
Alhamdulillah, majoriti pelajar kami merupakan anak-anak yatim, asnaf dan kurang berkemampuan khususnya untuk membayar yuran bulanan, namun semangat mereka untuk mengaji sangat kuat.
Dengan itu, kami ingin membuka peluang Tuan Puan yang budiman untuk membantu kami untuk membiayai kos yuran bulanan mereka agar pondok kami ini dapat beroperasi dengan lancar insha Allah.
Mudah-mudahan dengan infaq Tuan Puan ini, pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dapat sama menikmati kemudahan yang setaraf dengan yang lain.
Jazakumullah khairan jazak atas prihatin dan kasih sayang anda kepada anak-anak bangsa kita. Hanya Allah yang mampu membalas dengan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat. Amin.