Akaun madrasaharriyad.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

TAJAAN PELAJAR KE YAMAN 2023

TAJAAN PELAJAR KE YAMAN 2023

Madrasah Arriyad adalah sebuah pondok moden yang mendidik anak-anak berusia 13 hingga 25 tahun ilmu Nahu Sorof, Akhlaq dan Fardhu Ain semenjak 2015.


Alhamdulillah berkat kesungguhan para pelajar dan asatizah, serta sokongan ibubapa dan masyarakat, semenjak tahun 2019 kami telah menghantar kira-kira 20 orang pelajar untuk menyambung pengajian di luar negara, khususnya di Yaman, Turki dan Indonesia.


Pada tahun 2023 ini, kami telah menghantar dua ( 2 ) orang pelajar ke Yaman pada bulan Februari lalu. Dan inshaAllah akan menghantar 9 orang pelajar lagi untuk menyambung pengajian mereka selama 4 tahun di Ribat Habsyi Seiyun Yaman. InshaAllah mereka akan berangkat ke Yaman adalah pada bulan MUHARRAM  2023 



Dengan itu, kami ingin membuka peluang infaq kepada Tuan Puan yang ingin membantu anak-anak madrasah menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang agama.


Mudah-mudahan pulangnya mereka kelak menjadi tenaga pengajar dan pelapis para ulama yang ada hari ini, insha Allah.


Kami doakan rezeki anda yang menyumbang diberkati Allah SWT, diberi kesihatan dan kelancaran dalam segala urusan. Amin.


Kalian sentiasa di dalam doa kami dan anak-anak Madrasah Arriyad, insha Allah.





Saya share sedikit trip rombongan sewaktu menghantar pelajar ke Yaman 2021


Berapakah Dana Yang diperlukan untuk penghataran Muharram 2023 

Jumlah diperlukan : RM136,230.60

Dana terkumpul : RM 72,670.00


Telah digunakan : Update 27 Mac 2023

1. RM 32,612.00 ( Kemasukan dua pelajar pada Feb 2023 )

2. RM 15,219.75  ( Pendaftaran Awal 7 pelajar kemasukan Muharram )





SURAT QABUL ( PENGESAHAN PENERIMAAN PELAJAR ) DARI RIBATH HABSYI SEIYUN TAREEM 


Untuk Ahli Quantum Metal Sdn Bhd, anda boleh infak emas menggunakan  Gold Storage Account -  Madrasah Arriyad


Acc No GSA - 2101430118

Madrasah Arriyad


KAMI DOAKAN KALIAN YANG MEMBANTU AGAR SENTIASA DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN DI RAHMATI OLEH ALLAH TAALA